Monday, June 21, 2010

8 SEBAB PENGARUHI MASALAH BERAT BADAN



GENETIK
Gen lemak yang dikenali dengan nama FTO,pertama kali ditemui pada tikus gemuk.Menurut penemuan para pengkaji,orang-orang yang memiliki gen berganda berisiko 40% lebih besar untuk mengalami masalah diabetes dan berisiko 60% lebih besar untuk mengalami OBESITI.
"Setiap gen menambah berat badan di pelbagai bahagian tubuh"-Claude Bouchard dari Louisiana State University System.
Kajian menunjukkan sekurang-kurangnya 16% populasi mempunyai gen FTO berganda dan 50% lagi mempunyai 1 gen FTO.

JUMLAH SEL LEMAK
Setiap individu mempunyai kadar sel lemak yang berbeza,meskipun anda berjaya turunkan berat badan atau tambah berat badan,jumlah sel lemak tetap sama.
Sel-sel lemak ni akan memegang erat lemak yang sudah ada dalam tubuh sehingga individu yang mengalami keadaan ini akan sentiasa berasa lapar.
TIPS:Kurangkan makanan yang berlemak & kolesterol tinggi

UBAH METABOLISME
Menurut kajian,bila berat badan bertambah minimum 5.5kg,ini akan melambatkan metabolisme(Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).
Semakin banyak lemak terkumpul,semakin susah nak hilangkan..
TIPS:Bersenam

STRES
Stres buatkan anda menikmati makanan yang mengandungi karbohidrat.Hormon stres mempercepatkan penyimpanan lemak.
TIPS:Yoga & habiskan masa yang berkualiti dengan keluarga atau cuti-cuti malaysia

KEHAMILAN
Kajian menunjukkan makanan bergula dan berlemak yang diambil oleh ibu-ibu mengandung boleh mempengaruhi berat badan bayi selepas lahir.
TIPS:Kawal tabiat pemakanan semasa mengandung,memang payah tapi tak salahkan mencuba..demi kebaikan bayi yang akan dilahirkan

TIDUR
Pengkaji dari University of Chicago melaporkan,gangguan tidur boleh mengganggu keseimbangan hormon,menggalakkan pengurangan leptin(yang memberi tanda kenyang pada otak)dan meningkatkan jumlah ghrelin(yang menggalakkan rasa lapar).Akibatnya,diri kita akan berasa lapar walaupun hakikatnya tidak!
TIPS:cuba tidur 7 - 8 jam setiap malam

BERAT PASANGAN
Berat badan pasangan suami isteri boleh juga mempengaruhi.Isteri atau suami yang langsing akan membuat pasangannya terdorong untuk menurunkan berat badan tetapi kalau sebaliknya.. :(
TIPS:kekalkan berat badan yang ideal mengikut ketinggian

VIRUS
Adenovirus merupakan penggalak beberapa jenis penyakit,bermula dari gangguan saluran pernafasan atas sehinggalah masalah perut dan usus.
Virus tersebut turut mengumpulkan lemak




Musaini
012 392 6423

No comments:

Post a Comment